Wednesday, November 30, 2022

Asyraf: Mengapa PN bongkak dan angkuh tolak nasihat Tuanku Agong?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mendakwa Perikatan Nasional (PN) cuba melakukan persefahaman secara senyap-senyap dan mendapatkan sokongan daripada 10 ahli parlimen BN bagi membentuk kerajaan pusat.

Ketuannya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebaliknya menganggap Pakatan Harapan (PH) bersikap lebih budiman dan beradab kerana datang bertemu dengan pemimpin BN secara terbuka di Hotel Seri Pasific di sini  kelmarin.

Sebab itulah pertemuan dengan PN yang sepatutnya dijadualkan sejak dua hari lalu terpaksa ditunda beberapa kali.

“Kononnya, PN sudah cukup numbers ahli parlimen yang menyokong perlantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.

Beberapa pemimpin kanan BN berkunjung ke sebuah hotel terkemuka di sini petang ini untuk bertemu dengan pemimpin kanan PN.

Kata  Asyraf Wajdi, pertemuan petang tadi dibuat selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka bagi bertemu dan berunding dengan PH dan PN bagi membincangkan kerajaan perpaduan.

Jelas Asyraf lagi, Majlis Kerja Tertinggi Umno akan memperhalusi kedua-dua tawaran yang diterima mereka – daripada PH dan PN  pada malam ini  sekali gus akan akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan agar BN menyokong pembentukan kerajaan perpaduan.

“Cuma persoalannya: kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak titah nasihat Tuanku Agong agar dibentuk kerajaan perpaduan ya?” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru