Thursday, December 8, 2022

Wanita Dayak pertama jadi ahli Parlimen

Secara Rawak

KUCHING: Kejayaan Datuk Seri Doris Sophia Brodie merampas semula kerusi Parlimen Sri Aman menjadikan beliau sebagai wanita Dayak pertama menjadi ahli Parlimen.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Doris menewaskan tiga calon lain selepas memperoleh 14,131 undi.

Bagi Parlimen Sri Aman, calon yang turut bertanding merebut kerusi berkenaan ialah Wilson Entabang daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Naga Libau@ Tay daripada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Masir Kujat (Bebas).

Doris dalam video yang dimuat naik dalam Facebook semalam berterima kasih kepada semua pengundi di Parlimen Sri Aman yang menyokong dan memberi kepercayaan kepada beliau untuk membawa Sri Aman ke tahap lebih tinggi.

“Selepas ini, saya akan terus bekerjasama dengan rakyat dalam mencari jalan terbaik dan betul dalam membangunkan kawasan Sri Aman ini.

“Saya berharap kawasan Parlimen Sri Aman ini nanti akan terus pesat membangun dan maju menjelang 2030,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada tiga Adun di bawah kawasan Parlimen Sri Aman yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru