Monday, November 28, 2022

Tunggu dulu, keputusan Agong

Secara Rawak

KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg masih menunggu keputusan Yang Di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung pelantikan Perdana Menteri baharu.

Beliau ketika ditemui semasa keluar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkata tidak mengetahui perkembangan terkini politik di Semenanjung.

“Tengoklah. Saya belum tahu keputusan (Yang (Di-Pertuan) Agong, tunggu dahulu. Saya tidak (perkembangan di sana), saya masih di Dewan (Undangan Negeri),” katanya ringkas.

Terdahulu beliau diminta mengulas mengenai pendirian Barisan Nasional (BN) yang tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Abang Johari difahamkan mengadakan pertemuan dengan kesemua ahli parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Ibu Pejabat PBB hari ini.

Namun tidak dapat dipastikan intipati perjumpaan tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru