Saturday, December 3, 2022

Pemain muda dalam radar Irfan

Secara Rawak

KUCHING: Beberapa pemain muda dari skuad pelapis akan diserap ke dalam skuad berwajah baharu Kuching City FC (KC FC) yang akan dibentuk untuk menghadapi kempen Liga Super 2023.

Ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim memberitahu, usaha dilakukan beliau menyerapkan beberapa pemain muda ke dalam skuad senior itu yang bermotif serampang dua mata.

Menambah kekuatan pasukan terbabit bertunjang kekuatan tenaga muda, salain memberi pendedahan kepada mereka terhadap aksi yang lebih kompetitif.

BERPOTENSI…Beberapa pemain skuad Piala Presiden Kuching City yang akan diserap ke dalam skuad senior musim depan.

“Ada beberapa pemain muda dari skuad pelapis (Piala Presiden) yang akan diserap ke dalam skuad senior nanti.

“Mereka cukup berpotensi dan saya percaya pemain muda ini mampu menempatkan diri dalam barisan utama,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Sebelum ini, Irfan turut mengumumkan proses pembentukan pasukan baharu akan bermula minggu ketiga bulan Disember depan.

Selain itu, pengemudi berpengalaman luas itu turut mengekalkan dua bintang import, Abu Kamara (penyerang/Liberia) dan Yuki Tanigawa (pertahanan/Jepun) bersama The City Boys bagi menghadapi saingan Liga Super 2023.

Di samping dalam proses mendapatkan khidmat tiga lagi import baharu masing-masing dari Afrika Selatan, Amerika Selatan dan Asia

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru