Monday, November 28, 2022

GPS pantau perkembangan di KL

Secara Rawak

KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya sedang memantau perkembangan yang berlaku di Kuala Lumpur ketika ini.

Bagaimanapun katanya setakat ini belum ada sebarang maklumat terperinci.

Terdahulu Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu telah mengadakan perjumpaan bersama 23 Ahli Parlimen GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ( tengah )

Namun mengulas mengenai pertemuan itu, Abang Johari berkata ia hanya perjumpaan biasa.

“Tidak ada apa-apa, cuma saya berjumpa dengan ahli parlimen, ini pertama kali saya berjumpa dengan mereka.

“Sudah tentu kita berbincang dan memantau apa yang berlaku di Kuala Lumpur,” katanya.

Ditanya mengenai pendirian GPS, Abang Johari meminta untuk menunggu keputusan Yang Di-Pertuan Agong.

“Tunggu dulu, kita tidak ada maklumat terperinci,” katanya sebelum meninggalkan Ibu Pejabat Parti PBB di Jalan Bako di sini pada Selasa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru