Monday, November 28, 2022

BN tidak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan – Ismail Sabri

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di akaun Twitter rasminya pada Selasa memberitahu, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

“Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” kata beliau.

Dewan tertinggi Barisan Nasional hari ini memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan atau calon Perdana Menteri yang baharu.

Perkara tersebut diputuskan selepas mengadakan mesyuarat membabitkan parti komponen BN termasuk MCA dan MIC di sini pada Selasa.

Keputusan itu turut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi menerusi akaun Twitter rasminya.

“Alhamdulillah. Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional.
“Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” ujar beliau.

Sementara itu, menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, kesemua ahli Parlimen BN hadir hari ini dan telah bersetuju untuk sepakat dalam membuat keputusan tersebut.

“Keputusan juga adalah meminta semua 30 ahli parlimen (BN) bahawa ini adalah tempoh bertenang. Tak ada sain apa-apa SD. Kita tak sertai sapa-sapa,” katanya kepada media di selepas hadir pada mesyuarat tersebut.

Ia bermakna BN secara jelasnya tidak akan memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan juga Perikatan Nasional (PN) dalam membentuk kerajaan yang baharu.

Bagaimanapun kenyataan rasmi jelasnya akan dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi BN sedikit masa lagi.

Tambahnya Dewan Tertinggi BN juga turut bersetuju bahawa sebarang keputusan selepas ini juga akan dibuat secara berpasukan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru