Thursday, December 8, 2022

Sarawak kutip lebih RM9 bilion pendapatan suku keempat tahun 2022

Secara Rawak

KUCHING: Pendapatan Sarawak pada tahun 2022 yang dianggarkan berjumlah RM10.036 bilion kini disemak semula kepada RM10.159 bilion.

Semakan semula ini antaranya disebabkan oleh situasi pasaran harga minyak dan gas serta minyak sawit mentah yang menggalakan untuk tahun 2022.

Sehingga 31 Oktober 2022, Sarawak telah mengutip RM9.695 bilion atau 95 peratus daripada unjuran pendapatan negeri.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendaoatan ini juga juga disumbangkan daripada Cukai Jualan Negeri (SST), pampasan tunai sebagai ganti hak minyak dan gas serta pendapatan dividen.

Tambahnya, Belanjawan tahun 2022 juga telah disemak semula dan ditingkatkan daripada RM10.646 bilion kepada RM10.706 bilion iaitu peningkatan RM60 juta atau 2.5 peratus.

“Sehingga 31 Oktober 2022, RM7.862 bilion atau 73 peratus Belanjawan telah dibelanjakan dengan RM2.912 bilion (Operasi) dan baki RM4.950 bilion diperuntukan ke Akaun Kumpulan Wang Pembangunan.

“Sehingga Oktober 2022, Sarawak juga telah membelanjakan sejumlah RM5.263 bilion atau 69 peratus daripada RM7.069 bilion belanjawan untuk pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan prestasi kewangan Sarawak pada tahun 2022 semasa Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini pada Isnin.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru