Thursday, December 8, 2022

Niaga emas dalam jajaran kecil

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil bagi tempoh jangka pendek berikutan ketidaktentuan politik dan kewangan.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Edison Lai berkata para pelabur mencari petunjuk ekonomi dari Amerika Syarikat bagi menilai kemajuan kenaikan kadar faedah pada masa depan.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Jumaat susulan pengumuman cuti umum pada 18-19 Nov oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membolehkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru