Thursday, December 8, 2022

Minyak sawit diniagakan tinggi sedikit

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi sedikit minggu depan berikutan kelemahan harga baru-baru ini mungkin mendorong aktiviti pembelian semasa harga murah, kata peniaga minyak sawit, David Ng.

Beliau berkata data eksport minyak sawit Malaysia (November) dijangka dikeluarkan oleh juruukur kargo dan akan menjadi salah satu tumpuan minggu ini.

“Saya berpendapat data eksport mungkin lemah disebabkan sentimen global yang lemah dan juga kekukuhan ringgit berbanding dolar US baru-baru ini,” katanya kepada Bernama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru