Friday, December 2, 2022

Konsert Jelajah Ramli Sarip meriah

Secara Rawak

KUCHING: Walaupun berskala kecil namun sambutan peminat terhadap Konsert Jelajah Ramli Sarip di Kuching begitu meriah dan penuh makna.

Lebih 700 orang peminat menghadiri konsert yang berlangsung penuh bertenaga yang diadakan di Dewan Majma Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini anjuran Yayasan Kepimpinan Al-Bait (YKAB) dengan kerjasama Rasa Karya Sdn Bhd.

Ramli Sarip bersama-sama Datuk Amar Abu Bakar Marzuki dan pemuzik Konsert Cinta Di Sebalik Musim di Dewan Majma’ Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah, semalam.

Menerusi konsert Cinta Di Sebalik Musim itu bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi turut menyampaikan mesej penting kepada para penonton yang hadir.

Lagu-lagu yang dipersembahkan, apa yang disampaikan merangkumi aspek kerohanian seperti ketuhanan, kehidupan dan kemasyarakatan.

Ramli Sarip menyampaikan 20 lagu melalui persembahan terbaiknya semasa Konsert Jelajah Cinta Di Sebalik Musim di Kuching pada Ahad.

Antaranya ialah Tersendiri, Sejuta Wajah, Panah Beracun, Dunia Perlumbaan, Irama Kasih, Hilang Gelap Terbit Terang, Batu, Bukan Kerana Bama, Srikandi Zaman, Jikalau Berkasih.

Album Cinta Di Sebalik Musim – RASA diinspirasikan dari cabaran dunia yang dilanda pandemik COVID-19, menurut Ramli Sarip.

Ramli Sarip menyampaikan 20 lagu melalui persembahan terbaiknya semasa Konsert Jelajah Cinta Di Sebalik Musim di Kuching pada Ahad.

Ramli dalam ucapan ringkasnya ketika di pentas mengakui sangat terharu dengan tersentuh dengan kerjasama YKAB dalam menganjurkan konsert tersebut.

“Ia merupakan satu pembukaan yang berwarna-warni, saya sangat tersentuh dan harapan saya agar industri ini terus berkembang.

Ramli Sarip menyampaikan 20 lagu melalui persembahan terbaiknya semasa Konsert Jelajah Cinta Di Sebalik Musim di Kuching pada Ahad.

“Ini kerana industri hiburan menempuh perjalanan yang agak sukar, ia memberikan cabaran kepada kami.

“Namun pada masa sama ia mengajar kami sebagai penggiat seni erti bersyukur dengan rezeki yang ada,” katanya.

Ramli Sarip menyampaikan 20 lagu melalui persembahan terbaiknya semasa Konsert Jelajah Cinta Di Sebalik Musim di Kuching pada Ahad.

Bagi salah seorang penonton yang hadir, Kamil Jossey, 59, tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan idolanya membuat persembahan secara langsung di depan.

“Saya sangat minat Datuk Ramli sejak saya berusia 6 tahun, suara dan penampilan yang sentiasa sama, tidak berubah mungkin itu faktor saya meminatinya.

Kamil Jossey sempat merakam gambar bersama-sama Ramli Sarip.

Melihat kepada persembahannya malam ini,saya berasa sangat terharu kerana dia memang memberikan persembahan seperti yang dijangkakan.

Untuk rekod, album solo yang dihasilkan penyanyi rock legenda, atau lebih dikenali sebagai Papa Rock itu muncul ketika aktiviti seni terhenti ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Walaupun berdepan dengan kesukaran untuk mempromosikan karya terbaru itu, beliau tidak pernah berputus asa untuk mempromosikan album yang disifatkan sebagai cukup istimewa itu dapat disampaikan kepada penggemar setianya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru