Thursday, December 8, 2022

Ekonomi Sarawak dijangka berkembang hingga 6 peratus pada tahun depan

Secara Rawak

KUCHING: Ekonomi Sarawak dijangka akan berkembang di antara 5.0 ke 6.0 peratus pada tahun 2023.

Kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ia masih berada dalam laluan pemulihan dengan jangkaan ekonomi domestik akan berkembang dengan baik sepanjang tahun 2022 hingga 2023.

“Pelaburan dalam sektor pembuatan yang telah diluluskan juga mencatatkan peningkatan untuk tempoh sembilan bulan pertama berjumlah RM6 bilion terutama melalui industri  elektrikal dan elektronik.

“Ganguan jaringan bekalan di peringkat global dan kenaikan harga makanan serta komoditi telah mengakibatkan peningkatan kos pembuatan di seluruh industri sekaligus menyumbang kepada jangkaan inflasi di Sarawak antara 2.5 ke 3.0 peratus tahun ini,” ujarnya lanjut.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan prestasi kewangan Sarawak pada tahun 2022 semasa Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini pada Isnin.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru