Friday, December 2, 2022

Belanjawan Sarawak 2023 utamakan rakyat dan beri manfaat

Secara Rawak

KUCHING: Belanjawan 2023 Sarawak yang dibentangkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengutamakan rakyat negeri ini serta memberi manfaat kepada mereka.

Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, bantuan seperti Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sehinggalah bantuan penambahbaikkan rumah miskin ditanggung oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Malah katanya, belanjawan ini juga memberi manfaat sosial kepada rakyat dan sektor perniagaan.

“Di mana di Malaysia anda mendapat (belanjawan) ini? Hanya di Sarawak.

“Belanjawan ini juga melihat kepada Dana Kekayaan Sarawak. Kesemua ini adalah untuk masa hadapan rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui media Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan belanjawan yang terbesar dalam sejarah Sarawak justeru menuntut sokongan rakyat kepada GPS untuk Sarawak yang lebih baik, kuat dan makmur.

Justeru, rakyat harus menyokong Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari agar Sarawak maju dibawah kepimpinan beliau.

“Abang jo seorang sahaja tidak dapat melakukan keajaiban namun Abang Jo mempunyai kepimpinan,” ujarnya.

Terdahulu, Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru membentang belanjawan Sarawak 2023.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru