Saturday, December 3, 2022

Rugi RM807,623 ditipu nombor ramalan dalam Internet

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki kononnya menang USD360 juta tetapi hakikatnya rugi RM807,623.15 akibat ditipu sindiket nombor ramalan dalam Internet.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima laporan berhubung kes tersebut pada semalam.

Katanya, mangsa terpedaya pada 30 September lalu setelah ketika melihat satu iklan berkenaan nombor ramalan semasa melayari Internet.

“Mangsa kemudiannya berkenalan dengan seorang lelaki bernama Dr Benjamin di mana lelaki tersebut di mana lelaki tersebut telah memberi nombor ramalan dan telah memberi nombor ramalan dan telah meminta mangsa bermain nombor tersebut di laman www.poolmond.com.

“Mangsa kemudian telah dikatakan memenangi wang sebanyak USD360 juta dari nombor yang telah dibelib dan syarikat tersebut telah meminta mangsa untuk menghubungi support@poolmond.com untuk menuntut hadiah yang telah dimenangi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, mangsa kemudiannya diarahkan oleh ejen dari laman sesawang tersebut untuk membuka akaun di Corniche Bank yang beralamat di United Kingdom bagi memindahkan wang kemenangan mangsa ke dalam akaun tersebut.

Katanya, mangsa telah diarahkan untuk membuat bayaran pemprosesan dan mangsa telah membuat 22 transaksi ke akaun bank komersial tempatan berjumlah RM392,300 dan 18 transaksi menggunakan perkhidmatan kiriman wang ke luar negara untuk dipindahkan ke bank luar negara yang berjumlah RM415,323.15.

“Mangsa kemudiannya menyedari ditipu di mana tiada wang kemenangan yang dimasukkan ke dalam akaun Corniche Bank yang dibuka olehnya sebelum ini,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, sekiranya didapati bersalah, hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru