Saturday, December 3, 2022

Penembak MH17 dipenjara seumur hidup, bayar pampasan RM75.26 juta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Malaysia berpuas hati dengan keputusan mahkamah Belanda di The Hague, mendapati tiga tertuduh kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014, bersalah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas menghadiri Program Ramah Mesra bersama Penduduk di Bandar 32 berkata, keputusan Mahkamah Daerah The Hague itu menjadi tanda aras menegakkan keadilan kepada semua keluarga mangsa.

Pada 17 Julai 2014, pesawat penumpang Boeing 777 membawa
298 mangsa termasuk 43 rakyat Malaysia, dalam perjalanan Amsterdam-Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine.

Mahkamah Belanda itu memutuskan pesawat MH17 berkenaan ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia, yang dilancarkan dari padang ladang berhampiran Pervomaisk di timur Ukraine.

Ketua Hakim, Hendrik Steenhuis menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan mengarah tiga tertuduh membayar pampasan 16 juta Euro (RM75.26 juta) kepada keluarga mangsa.

Pesalah, dua warga Rusia Igor Girkin dan Sergei Dubinsky, bekas pegawai risikan Rusia dan seorang lagi warga Ukraine yang juga pemimpin pemisah Leonid Kharchenko.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru