Thursday, December 8, 2022

Nenek 54 tahun ditelan ular sawa 22 kaki

Secara Rawak

JAMBI: Penduduk wilayah Jambi kecoh selepas mendapat berita tentang wanita berusia 54 tahun mati ditelan seekor ular sawa.

Menurut laporan CNN Indonesia, pihak polis melakukan misi mencari penoreh getah bernama Jahrah, 54, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Suaminya mencarinya selepas dia tidak pulang dari kebun getah mereka dan menemui selipar, jaket, tudung dan pisau mangsa di kebun terbabit.

Ketika dia kembali ke kebun pada keesokan harinya dia menemui seekor ular sawa yang bahagian tengah badannya mengelembung.

Video dari ViralPress menunjukkan sukarelawan menggunakan dahan untuk menahan kepala ular sawa itu ke bawah, manakala yang lain memukul ular itu di bahagian yang mengelembung.

Mereka menghirisnya dan mendapati ia mayat nenek yang dilaporkan hilang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru