Sunday, November 27, 2022

Lelaki 61 tahun hisap payudara cucu tirinya

Secara Rawak

KUCHING: Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan amang seksual dengan menghisap payudara cucu tirinya dan menyentuh kemaluan mangsa berusia 14 tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Musli Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas tertuduh berusia 61 tahun didapati bersalah di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta yang sama, di akhir kes pembelaan hari ini.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh di penjara dan di bawah pengawasan polis selama satu tahun selepas dibebaskan.

Tertuduh berbincang dengan peguambelanya Abdul Rahman Mohd Hazmi selepas pembelaan kes di Mahkamah Sesyen 3 hari ini.

Mengikut pertuduhan, Dia melakukan perbuatan terbabit di sebuah rumah beralamatkan Taman Matang Jaya, Jalan Matang, kira-kira jam 3.00 petang, 11 Disember 2019.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Bagaimanapun, peguambela Abdul Rahman Mohd Hazmi yang mewakili tertuduh memohon dia dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan kes.

Ini kerana, tertuduh sebagai ahli perniagaan mempunyai keluarga besar yang perlu ditanggung, dan tidak akan melarikan diri memandangkan tertuduh memberi kerjasama sepenuhnya hadir ke mahkamah sepanjang tempoh kes berjalan.

Sebelum ini, tertuduh dibenarkan bebas dengan ikat jamin tunai RM5,000 beserta dua penjamin tempatan.

Oleh itu, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin yang sama dikeluarkan pada 18 Disember 2019.

Seramai lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan telah dipanggil untuk memberi keterangan kes.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru