Saturday, December 3, 2022

Mercu tanda baharu pekan Spaoh

Secara Rawak

BETONG: Golongan belia khususnya dikawasan pekan Spaoh, Betong kini tidak perlu memikir untuk tempat beriadah mahupun bersukan.

Apakan tidaknya, pekan yang masih mengekal latar belakang perkampungan tradisi mempunyai tempat khusus bagi kedua-dua tujuan tersebut.

Kompleks Sukan Spaoh dan Riverfront Spaoh yang merupakan hadiah amat betharga kepada masyarakat di kawasan berkenaan daripada Kerajaan Sarawak.

“Pastinya memberi keterujaan kepada masyarakat terutama kampung-kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban dengan adanya dua mercu tanda kemudahan tersebut.

“Inj kerana akan dapat memberi keselesaan kepada mereka yang mahu melakukan atau menganjurkan aktiviti riadah dan sukan,” kata Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Saban, Kaunselar Abang Suhordie Abang Zaini ketika ditemui Suara Sarawak.

Menurut Abang Suhordie, beliau percaya besar manfaat kepada masyarakat setempat dengan tersedia kemudahan tersebut.

“Apa yang paling jelas, tiada masalah untuk penganjuran aktiviti sukan sama ada dengan skala kecil mahupun besar selepas ini.

“Malah, tidak mustahil kawasan DUN Bukit Saban mampu menjadi antara kawasan di negeri ini dalam melahirkan jaguh sukan yang baharu pada masa akan datang,” tambah beliau.

Sambil itu, Abang Suhordie menegaskan pusat riadah terbaru (Riverfont Spaoh) sepanjang 115 meter itu yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk setempat.

“Sejak ianya dapat digunakan, banyak aktiviti riadah telah dianjurkan sehingga ke hari ini,” jelas beliau lagi.

Sambil itu, beliau mengakui apabila Kompleks Sukan Spaoh dapat digunakan sepenuhnya kelak dapat menyaksikan pembangunan sukan dengan lebih komprehensif.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru