Thursday, December 8, 2022

Pemilik penuhi permintaan kanak-kanak tonton kartun di kedainya

Secara Rawak

Sebuah video dikongsi oleh videonation.teb menunjukan dua budak kecil menonton televisyen di sebuah kedai menyebabkan netizen terkesan melihatnya.

Video yang dikongsi di Instagram itu dirakam dari luar sebuah kedai menjual televisyen tanpa diketahui pemilik atau pekerja kedai tersebut.

Dalam video itu dua kanak-kanak tersebut duduk di luar kedai dengan seorang pemuda berdiri bersebelahan mereka sambil memegang alat kawalan jauh.

Budak lelaki itu memintanya memasang rancangan kartun yang ingin ditontonnya dan lelaki itu mengikut kehendaknya tanpa banyak bicara.

Sikap baik hatinya terhadap dua kanak-kanak itu mendapat pujian dari netizen.

https://www.instagram.com/p/Cksy8ZfI5-5/

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru