Thursday, December 8, 2022

Lain macam ujian lesen memandu di China

Secara Rawak

Sebuah klip video yang dikongsi pengguna Tansu Yegen di Twitter menunjukkan prosedur yang perlu dilalui untuk lulus memandu di China dengan ciapan “Pusat peperiksaan lesen memandu di China”.

Sebuah kereta putih melalui jalan zig-zag yang dilukis dengan garisan putih, memparkir kenderaannya di tempat yang sudah ditetapkan dan seorang pegawai datang mendekatinya untuk memastikan dia tidak menyentuh garis yang sudah di tetapkan.

Pemandu itu kemudian membuat pusingan nombor lapan dan memandu sehingga ke hujung garisan sebelum mengundur kereta di laluan yang lebih panjang yang juga termasuk menaiki trek dan kemudian turun ke bawah.

Akhirnya, pemandu itu meletak kereta selari, yang dianggap sebagai salah satu kemahiran paling sukar untuk pemandu baharu.

Netizen yang menonton video ini menarik nafas lega selepas pemandu selesai melalui semua prosedur yang digambarkan seperti aksi filem “Fast & Furious”.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru