Lagu “Kamek Milih Nancy” bergema di Parlimen Santubong

0
6
Foto : FB Hajah Nancy Haji Shukri

KUCHING: Lagu dalam bahasa Melayu Sarawak ‘Kamek Milih Nancy’ dimainkan menerusi pembesar suara menarik perhatian orang ramai di sekitar medan selera dan Pasar Townsquare Sematan.

Cara berkempen ini menjadi strategi calon GPS Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri berdepan pencabarnya Mohamad Zen Peli (PH-Amanah) dan calon Bebas, Affendi Jeman pada PRU-15.

Lagu dihasilkan bekas Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Prof Madya Dr Sahar Sa’di Hashim didedikasi buat Nancy, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Penyandang tiga penggal Parlimen Batang Sadong itu bertanding di kerusi Parlimen Santubong menggantikan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengundur diri.