Thursday, December 8, 2022

RM150 juta untuk skim pinjaman baik pulih rumah panjang – Tiang

Secara Rawak

SIBU: Sejak 2020, Kerajaan Sarawak memperuntukkan hampir RM150 juta bagi tujuan skim pinjaman dalam bentuk bahan binaan untuk pembinaan atau baik pulih rumah panjang di Sarawak.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Awam Sarawak Michael Tiang Ming Tee, berdasarkan laporan HDC, sebanyak RM141.12 juta daripada peruntukan itu digunakan untuk 218 projek yang memanfaatkan 4,747 pintu rumah panjang.

Memberitahu Bernama, Tiang berkata, Kerajaan Persekutuan turut mengeluarkan RM180.23 juta  diperuntukkan melalui Tabung Amanah Skim Pinjaman (2007-2021).

Daripada jumlah itu, sebanyak RM152.97 juta digunakan untuk membiayai 403 projek kepada 9,121 pintu rumah panjang.

Tambah beliau, sebanyak hanpir RM30 juta diluluskan sejak 2018 di Sibu, merangkumi Selangau dan Kanowit, dengan 173 permohonan melibatkan 1,017 pintu rumah panjang.

Sebanyak 66 daripada jumlah permohonan ini telah diluluskan, sementara baki 107 permohonan masih lagi dalam senarai menunggu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru