Thursday, December 8, 2022

Feri angkut kenderaan Dumai-Melaka: Jokowi mahu projek diteruskan

Secara Rawak

JAKARTA: Perlu projek perkhidmatan feri pengangkut kenderaan (RORO) menghubungkan Dumai, Riau, Indonesia dengan Melaka, Malaysia.

Dalam satu kenyataan di luar Sidang Kemuncak Asean Ke-14 di Phnom Penh, Kemboja, Presiden Joko Widodo (Jokowi) menjelaskan projek tersebut meningkatkan saling hubungan koridor ekonomi bawah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Melalui projek itu, menurut Jokowi, memberi peluang Indonesia membina saling hubungan fizikal seperti pelabuhan, lapangan terbang dan jalan tol termasuk Trans-Sumatera merentasi Pulau Sumatera.

Mei lepas, Gabenor Riau, H. Syamsuar serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis mengadakan perbincangan berkaitan.

Difahamkan Kerajaan Melaka membuka semula perbincangan berkaitan kesinambungan projek feri RORO Dumai-Melaka selepas terhenti dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru