Thursday, December 8, 2022

2023 perlukan kerajaan yang kuat ekoran berlaku ribut ekonomi dunia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tahun 2023 memerlukan kerajaan yang stabil memimpin di negara demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela.

Bukan tahun ‘biasa-biasa’, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyifatkan PRU-15 mencabar bagi Malaysia, ekoran kerajaan baharu yang terbentuk berada dalam situasi ekonomi dunia tidak menentu.

Annuar berkata, ketika itu kebanyakan negara di dunia mengalami defisit besar kesan pandemik Covid-19, serta perbelanjaan luar jangka yang tiada dalam belanjawan.

Bercakap selepas program bersama calon BN Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rozi Mamat di Pulau Bahagia, Annuar berkata, Kerajaan Malaysia yang akan datang perlu mengurus isu penting antaranya ekonomi, kestabilan politik serta mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat.

Pakar ekonomi meramalkan 2023 berlakunya ribut ekonomi dunia dan hal ini tidak dinafikan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika sudah 16 negara tenat ekonominya dengan 28 lagi menunggu waktu.

Tan Sri Annuar Musa

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru