Sunday, November 27, 2022

342 serbuan, 126 individu ditangkap terlibat judi haram

Secara Rawak

KUCHING: Polis Kontinjen Sarawak melakukan 342 serbuan dan menahan 126 individu disyaki terlibat dalam kegiatan judi haram di seluruh negeri bermula 24 Oktober hingga 7 November lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, dalam tempoh tersebut, sejumlah 70 unit telefon bimbit dijadikan kiosk perjudian dalam talian turut dirampas rampasan wang sebanyak RM18,615.

“Daripada jumlah 126 keseluruhan kertas siasaran Operasi Dadu Khas yang dibuka, sebanyak 34 kertas siasatan telah berjaya dituduh di Mahkamah dan bakinya masih berstatuskan dalam siasatan.

“Sebanyak 11 premis yang terlibat dengan aktiviti perjudian telah diambil tindakan permotongan elektrik di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dengan kerjasama oleh pihak Sarawak Energy Berhad,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak amat mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat uang mempunyai maklumat tentang aktiviti perjudian haram.

Beliau berkata, maklumat boleh disalurkan di balai polis yang terdekat dan juga di hotline PDRM Sarawak 013-5253052.

“Tindakan pemantauan dan serbuan serta tangkapan akan berterusan untuk membanteras aktiviti perjudian haram ini,” ujarnya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru