Thursday, December 8, 2022

Raja playboy kahwin kali ke-88 dengan bekas isteri ke-86

Secara Rawak

MAJALENGKA: Seorang lelaki benama Kaan yang berasal dari Majalengka, Indonesia menjadi perhatian media baru-baru ini.

Kaan berusia 61 tahun itu melangsungkan perkahwinannya untuk kali ke-88 dengan bekas isterinya yang ke-86.

Lelaki itu seorang petani, telah digelar ‘Raja Playboy’ kerana berkahwin berkali-kali.

Kaan berkahwin ketika berusia 14 tahun dan isteri pertamanya berusia dua tahun lebih tua daripadanya, lapor Tribunnews.

Menurut Kaan, dia tidak boleh menolak permintaan wanita itu kembali kepadanya.

“Walaupun sudah lama berpisah, namun kasih sayang antara kami masih kuat,” kata petani itu kepada Tribunnews lagi.

Bekas isterinya masih menyayanginya walaupun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru