Saturday, December 3, 2022

Potensi tiga atlet powerlifting

Secara Rawak

KUCHING: Ketua jurulatih powerlifting negara, Jamil Adam memberitahu, tiga atlet powerlifting Para Sukma Sarawak berpotensi besar untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan selepas ini.

Atlet terbabit merupakan pemenang pingat emas yang juga pencipta rekod baharu pada temasya Sukan Para Sukma XX MSN, Kuala Lumpur 2022 iaitu Azlan Mos (54kg), Bryan Junency Gustin (80kg) dan Nicodemus Manggoi Moses (88kg).

Menurut Jamil, mengambil kira prestasi hebat kesemua tiga atlet berkenaan pada kejohanan yang lepas.

“Semua mereka adalah pemenang pingat emas dan berjaya mencipta rekod baharu kejohanan.

Justeru, keelebihan tersebut mampu menjadi penanda aras untuk kesemua mereka merebut tempat dalam kem kebangsaan,” ujar Jamil kepada Arena Suara Sarawak.

Pada temasya Para Sukma XX MSN, Kuala Lumpur 2022 Azlan Mos berjaya mencipta rekod baharu dengan angkatan 150kg.

Manakala, Bryan Junency Gustin berjaya melakukan angkatan terbaik 180kg.

Berbanding Nicodemus Manggoi Moses dengan rekod baharu menerusi angkatan 190kg.

“Kesemua mereka akan menyertai kem latihan di ibu negara pada 21 November ini.

“Sekiranya berjaya diserap dalam kem kebangsaan, mereka akan menyertai Sukan Para Asia di Kemboja tahun depan,” tambah Jamil.

Selain akan turut serta dalam Kejohanan Powerlifting Dunia yang akan berlangsungdi China pada bulan Ogos 2023.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru