Thursday, December 8, 2022

Penunggang motosikal tertidur di tengah jalan

Secara Rawak

BANGKOK: Video yang menunjukkan sekumpulan lelaki mengejutkan pemuda yang nyenyak tidur di atas motosikalnya di tengah-tengah jalan di Bangkok, tular di media sosial baru-baru ini.

Mereka juga merakam aksi penunggang motosikal itu dan memuat naik video terbabit ke Facebook berita tempatan, Hear On Board (เฮียขับรถ).

Video menunjukkan mereka cuba membangun pemuda yang tidur dengan mulut ternganga di atas motosikalnya.

Apabila pemuda itu akhirnya tersedar dari tidurnya, dia kelihatan sangat keliru.

Dia memberitahu mereka, dia tidak mabuk dan mengangkat dua jari untuk mengesahkan perkara itu.

Dia kemudian meminta bantuan salah seorang mereka membawanya pulang kerana dia tidak larat memandu sendiri.

Lokasi insiden itu tidak dinyatakan, tetapi ia tidak kelihatan seperti jalan biasa yang anda temui di Bangkok.

Jalan raya ibu kota pada umumnya sangat sibuk dan berbahaya.

Netizen memuji kumpulan lelaki itu kerana sikap prihatin mereka membantu pemuda terbabit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru