Thursday, December 8, 2022

Ambil hadiah loteri RM143 juta, lelaki menyamar elak diketahui isteri, anak

Secara Rawak

GUANGXI: Seorang lelaki di selatan China nekad merahsiakan kemenangnya loterinya yang bernilai sekitar RM143 juta daripada isteri dan anaknya dengan memberi alasan dia bimbang kemenangan itu membuat mereka menjadi malas.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu bersendirian ke pejabat loteri di Nanning menuntut hadiahnya, lapor Nanning Evening News.

Dia memakai kostum kuning terang yang menutup kepalanya dalam gambar yang menunjukkan dia menerima hadiah itu.

Li membeli tiket tersebut di sebuah kedai di Litang, sebuah bandar yang dihuni kira-kira 120,000 orang, lapor akhbar Nanning Evening News.

Pada malam sebelum mengambil tiketnya, dia tidur di hotel dan tidak keluar bilik kerana takut tiketnya hilang.

“Saya tidak memberitahu isteri dan anak saya kerana bimbang mereka akan menjadi terlalu leka dan tidak mahu bekerja lagi pada masa depan,” kata lelaki itu lagi.

Li juga menderma RM3 juta kepada badan amal dan berkata dia masih belum membuat sebarang keputusan tentang perkara yang hendak dilakukannya ke atas wang selebihnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru