Wednesday, December 7, 2022

Pemandu e-hailing cuba cabul wanita di Kuching terima padah

Secara Rawak

KUCHING: Seorang wanita berjaya menyelamatkan diri daripada dicabul oleh seorang pemandu e-hailing yang tiba-tiba membawanya pulang ke sebuah rumah di sebuah kampung, selepas lokasi yang hendak ditujuinya ditukar oleh lelaki tersebut.

Tertuduh Eric Maang Dring, 50, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kekerasan jenayah hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 4 November lepas.

Suspek berjaya ditangkap oleh IPD Padawan.

Mengikut pertuduhan dia didakwa mengunakan kekerasan jenayah dengan menarik tangan mangsa dengan tujuan untuk mencabul kehormatan mangsa dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Sarig Simpok, Batu 27, pada 2 November lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau sebatan atau mana-mana berkaitan, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada 2 November lepas, sekitar jam 9 pagi, pengadu telah tiba di Lapangan Terbang Kuching mencari seorang pemandu kereta e-hailing untuk menuju ke Kuching Sentral.

Suspek dihadapkan ke Mahkamah Kuching dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan

Kemudian, seorang lelaki menawarkan perkhidmatan e-hailing kepadanya dan pengadu terus menaiki kereta tersebut.

Semasa dalam perjalanan, tertuduh tidak menghantar pengadu ke Kuching Sentral sebaliknya terus memandu ke Kampung Sarig Simpok.

Semasa tiba di sebuah rumah, tertuduh memaksa pengadu masuk ke dalam rumah dan menunggu di ruang tamu.

Ketika menunggu di ruang tersebut, tertuduh tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan hanya menggunakan tuala sahaja memaksa pengadu masuk ke dalam bilik dengan menarik tangan mangsa sambil memegang pisau.

Pengadu berjaya melepaskan tangannya lalu melarikan diri menuju ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.

Akibat kejadian itu, pengadu terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya tertuduh berjaya ditangkap pada 4 November lepas.

Difahamkan, semasa mangsa melarikan diri ke rumah jiran, dia dimaklumkan bahawa tertuduh juga pernah cuba merogol jirannya.

Selain itu, sebelum kejadian tersebut, tertuduh baru sahaja keluar dari lokap untuk kesalahan lain.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon agar menggenakan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Siasatan kes dilakukan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Padawan ASP Sylvarius Gopog manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru