700 pelari sertai Run4Mankind

0
1
ABDUL KARIM, Dr George Chan dan Datuk Wee Hong Seng bergambar bersama-sama pemenang. Foto RAMIDI SUBARI

KUCHING: Lebih 700 peserta menyertai larian Run4Mankind anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (MRC) Sarawak di pintu utama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Larian yang dimulakan seawal jam 6.00 pagi itu turut disertai masyarakat pelbagai latar belakang.

Turut diadakan larian kategori khas melibatkan orang kelainan upaya (OKU). Tiga kategori larian melibatkan lima kilometer (km), tiga km (terbuka) dan tiga km (OKU).

Pengerusi MRC Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan merasmikan larian untuk kategori lima km manakala Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyempurnakan kategori tiga km.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng pula melepaskan kategori tiga km (OKU).

Larian julung kali diadakan itu berlangsung serentak bagi ketiga-tiga kategori. Ketua Wanita Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Kho Teck Wan turut hadir.