Thursday, December 8, 2022

Penonton teruja ditawar bertih jagung tanpa had

Secara Rawak

HANOI: Baru-baru ini Pawagam Lotte menawarkan promosi yang menimbulkan reaksi positif pengunjung pawagam tersebut.

Pewagam terbabit menawarkan bertih jagung tanpa had kepada pengunjung dengan syarat bekas menyimpan bertih jagung itu bersih.

Ini tidak termasuk beg plastik, beg kertas dan karton.

Pengunjung pawagam Vietnam di laporkan menyahut cabaran itu dengan penuh semangat.

Foto dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan segelintir pengunjung membawa pelbagai jenis peralatan untuk menyimpan bertih jagung mereka, antaranya periuk besar, baldi besar, bekas air minuman dan banyak lagi.

Pihak pengurusan pawagam bagaimanapun menggesa pengunjung membawa bekas yang sesuai dengan keperluan peribadi mereka, supaya tidak membazir makanan.

Promosi tersebut hanya terhad kepada 500 tetamu pertama setiap hari yang berakhir 30 November ini, lapor Yahoo.com

https://ca.movies.yahoo.com/man-hilariously-brings-massive-bucket-120000471.html

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru