Empat pasukan buru slot final

0
3
MARA KE SEPARUH AKHIR...Pemain pasukan Jang Bukit Saban.

KUALA LUMPUR: Saingan peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Premier Sarawak 1, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022 berlangsung Sabtu dan Ahad nanti.

Lantas, bakal menyaksikan pertembungan empat pasukan untuk merebut dua slot ke pentas akhir.

Empat pasukan terbabit ialah Saratok FA, Semarang Village United, Jang Bukit Saban dan Hermanos FC.

MARA KE SEPARUH AKHIR…Pemain pasukan Jang Bukit Saban.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, aksi separuh akhir pertama antara sang juara Liga Betong 2022, Saratok FA menentang Semarang Village United pada 12 November.

Disusuli pertembungan Jang Bukit Saban dan Hermanos FC pada 13 November.

“Sepak mula perlawanan membabitkan empat pasukan terbabit pukul 3:00 petang di Kompleks Sukan Betong,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Saratok FA berjaya mara ke separuh akhir selepas mengenepikan Skyline dengan kemenangan tipis (1-0).

Berbanding kemenangan selesa (4-1) dicatat Jang Bukit Saban keatas Loy69 Mangut.

Sambil kemenangan tipis (2-1) Semarang Village United keatas GMP FC.

Selain kemenangan (2-1) diperoleh Hermanos FC keatas Saribas United.