Sunday, November 27, 2022

Polis Sarawak cari lelaki cuba rogol wanita 28 tahun

Secara Rawak

PADAWAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sedang mengesan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes cubaan rogol yang berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,
Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan telah menerima satu laporan pada Rabu lalu daripada mangsa, wanita berumur 28 tahun berhubung kes berkenaan.

Polis sedang mengesan saksi utama bagi membantu siasatan kes cubaan rogol.

“Seorang saksi utama dalam kes ini amat diperlukan bagi membantu siasatan pihak polis.

“Individu tersebut bernama Erik Maang Anak During, 50 tahun, beralamat No 10 Kg Sarig Simpok Batu 27 Jalan Padawan Kuching Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Abang Zainal berkata, orang ramai yang menegnali atau mempunyai maklumat berkenaan saksi ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nor Ainsah di talian 013-3729471 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Asisten Superintendan Sylvarius di talian 013-8637241.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru