Thursday, December 8, 2022

Pecah rekod dunia, tembak tujuh anak panah pada lubang kunci 10mm

Secara Rawak

DENMARK: Kemahiran lelaki yang menembak tujuh anak panah ke lubang kunci berukuran 10mm menimbulkan rasa kagum dalam kalangan netizen media sosial.

Sebuah video YouTube yang mendokumentasikan percubaan itu menunjukkan individu tersebut melutut di hadapan sasarannya iaitu sebuah pintu dengan lubang kunci yang lebih kecil daripada diameter 10mm.

Dia kemudian melepaskan beberapa panahan dengan sempurna.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Lars Andersen, 57, menggunakan panah jenama Şimşek Sipahi yang menyerupai panah yang digunakan oleh tentera zaman Ottoman dahulu.

Untuk anak panahnya dia menggunakan jenis yang tidak mempunyai bulu bagi membolehkannya masuk ke dalam lubang kecil terbabit.

Andersen kemudian dengan santai menembak tujuh anak panah berturut-turut melalui lubang kunci kecil itu dengan kepantasan luar biasa.

Video tersebut dikongsi oleh Buku Rekod Guinness Dunia di Youtube.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru