Thursday, December 8, 2022

Lelaki melecur wajah, dada, leher ketika gunting rambut teknik api

Secara Rawak

DELHI: Sejak kebelakangan ini, orang ramai banyak memilih gaya rambut yang unik dan sanggup menggunakan pelbagai teknik luar biasa untuk tujuan itu.

Salah satu kaedahnya ialah pendandan rambut menyapu serbuk mudah terbakar pada rambut dan kemudian membakarnya.

Rambut itu digunting semasa rambut terbabit terbakar.

Baru-baru ini sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan saat mencemaskan seorang lelaki terbakar dengan teruk selepas tukang gunting rambutnya tersalah teknik semasa melakukan ‘potongan rambut api’.

Dalam video itu, pendandan rambut dilihat menyapu serbuk mudah terbakar pada rambut lelaki itu dan kemudian membakarnya.

Dia bagaimanapun tidak dapat mengawal api terbabit menyebabkan seluruh kepala mangsa terbakar.

Mangsa dikejarkan ke hospital dan dilaporkan melecur teruk pada bahagian muka, dada dan leher.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru