Giliran Hermandy ceriakan kem powerlifting

0
2
DAPAT PERAK...Hermandy Rasidi bersama pingat perak yang dimenangi. - FOTO ABDUL HAKEEM WELL

KUALA LUMPUR: Hermandy Rasidi turut mencetak nama selaku penyumbang pingat buat kem powerlifting apabila berjaya meraih pingat perak kategori tidak melebihi 72kg.

Saingan yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan sebentar tadi, Hermandy berjaya meraih pingat emas dengan mencatat 95kg angkatan.

Gagal mengatasi kehebatan atlet dari Perlis, Muhamad Salqi Mohd. Shikri selaku pemenang pingat emas yang berjaya melakukan angkatan 117kg.

DAPAT PERAK…Hermandy Rasidi bersama pingat perak yang dimenangi. – FOTO ABDUL HAKEEM WELL

Pingat gangsa kategori tersebut milik atlet dari Sabah, Abdul Khamis Laharuso dengan angkatan 85kg.

“Permulaan baik buat Hermandy kerana berjaya beroleh pingat perak.

“Ini penampilan pertama beliau dalam Sukan Para Sukma,” ujar pengurus pasukan, Rusmalina Mat Darus kepada Arena.