Thursday, December 8, 2022

Anak kecil cuci Macbook ayah kerana “banyak sampah” di dalamnya

Secara Rawak

SHANDONG: Seorang kanak-kanak perempuan di wilayah Shandong menjadi tumpuan media baru-baru ini.

Budak kecil berusia 2 tahun itu tanpa disedari merosakkan Macbook milik ayahnya dengan membasuhnya menggunakan sabun dan air selepas mendengar ayahnya mengadu komputer riba tersebut mengandungi “terlalu banyak sampah” di dalamnya.

Ibu kanak-kanak perempuan itu, Zhang memberitahu Jimu News bahawa anak perempuannya membawa Macbook itu untuk ‘mandi’ sekitar 10 pagi pada minggu lalu.

Apabila dia masuk ke bilik air, dia terkejut melihat Macbook terbabit berendam dalam baldi air sabun.

Macbook tidak dapat dihidupkan lagi walaupun dia berusaha sedaya upaya mengeringkannya.

https://www.tiktok.com/@todayonline/video/7159751986986896641

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru