Thursday, December 8, 2022

“Aku tak cinta kamu!” ucap isteri lalu lari bawa barang kemas, wang

Secara Rawak

KANPUR: Dalam insiden yang menyebabkan orang ramai terfana, seorang pengantin perempuan melarikan diri dengan membawa bersamanya barangan kemas, wang serta beberapa barangan lain dari rumah mentuanya.

Lebih menyakitkan hati dia bertindak menelefon suaminya dan memintanya agar tidak menghubunginya lagi.

“Saya tak cinta akan awak dan jangan hubungi saya lagi mulai sekarang,” katanya dan terus meletakkan telefon, kata polis.

Suaminya membuat aduan polis dan kes itu kini disiasat.

Insiden berlaku 4 Oktober itu hanya terbongkar selepas aduan dibuat di balai polis Bilhaur di Kanpur.

Menurut polis, Arvind, seperti dipetik oleh India.com berkata, seorang penduduk kampung Jadepur, menyatakan dalam aduannya bahawa dua lelaki dari kampung Taktauli menuntut RM4,021 (Rs70,000) daripadanya kerana “mengatur perkahwinannya”.

Mereka membawanya ke Gaya di Bihar dan mengatur perkahwinannya dengan gadis bernama Ruchi.

Pada 30 September, selepas mengambil wang itu, kedua-dua lelaki itu membawanya ke sebuah hotel dan menunjukkan foto gadis itu.

Keesokan harinya pada 1 Oktober, perkahwinan itu dilangsungkan di kuil di Gaya.

Selepas perkahwinan, Arvind kembali semula ke kampung membawa isterinya.

Pada 4 Oktober, dia mendapati isterinya hilang dari rumah bersama wang tunai bernilai RM1,723 (Rs30,000) yang disimpan dalam kotak dan barang kemas serta pakaian yang dihadiahkan kepadanya pada majlis perkahwinan itu, menurut aduan itu lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru