Thursday, December 8, 2022

Sofa lekat di tangga, ibu terperangkap tiga jam bawah sofa

Secara Rawak

Sebuah keluarga yang sedang mengemas kediaman mereka menjadi kecoh selepas ibu mereka terperangkap di bawah sofa yang sedang dibawa turun dari tangga.

Sofa itu dikatakan melekat di tangga ketika mereka menurunkannya ke bilik bawah tanah.

Menurut, Clair Hickman, ibunya terperangkap di bawah sofa itu selama tiga jam dan mereka tidak dapat mengeluarkannya di sebalik pelbagai usaha dilakukan.

Mereka akhirnya meminta bantuan jabatan bomba.

“Pihak bomba membuka pagar di tepi dinding dan menurunkan sofa ke ruang bawah tanah untuk mengeluarkan ibu saya.”

“Ibu dan sofa berada dalam keadaan baik, namun siling serta dinding mengalami kerosakan teruk,” kata Clair.

https://www.insideedition.com/mom-trapped-under-couch-after-it-gets-stuck-on-flight-of-stairs-77729

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru