Thursday, December 8, 2022

Heboh, kedai pastri terjual pastri plastik sampel

Secara Rawak

TOKYO: Industri sampel makanan plastik Jepun meraih keuntungan jutaan dolar.

Baru-baru ini kehebatan sampel makanan plastik tersebut menimbulkan kekecohan di negara itu.

Ia angkara sebuah kedai pastri terjual pastri plastik kepada pelanggan kerana “terpedaya” dan menyangka ia pastri sebenar.

Pastri plastik itu kelihatan seperti pastri sebenar sehingga kakitangannya secara tidak sengaja menjual lima biji kepada pelanggan.

Sampel makanan plastik yang dikenali sebagai “shokuhin sampuru” dibuat secara terperinci dengan teliti untuk kelihatan realistik.

Pastri plastik di Andrew’s Egg Tart, Osaka sangat meyakinkan sehinggakan kakitangan pun tidak dapat membezakannya dan tanpa disedari terjual lima daripadanya kepada dua pelanggan yang juga menyangka ia pastri asli.

Seorang pekerja menyedari kesilapan itu sejurus selepas sesi jualan.

Pelanggan mereka juga bertindak mengembalikan pastri palsu tersebut sebelum sempat memakannya.

Kisah itu dikongsi di Instagram oleh roccosquickbites.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru