Sunday, November 27, 2022

Op Mabuk: seorang pemandu ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol, 22 keping saman dikeluarkan

Secara Rawak

KUCHING: Seorang pemandu warga tempatan ditahan kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Mabuk di Jalan Simpang Tiga di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, lelaki berumur 29 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2020.

UJI…Polis Trafik IPD Kuching mengambil bacaan alkohol terhadap salah seorang pemandu.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda minimum RM10,000, maksimum RM30,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun serta hilang kelayakkan lesen memandu selama dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata, operasi dijalankan seorang pegawai dan 10 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bermula jam 11 malam sehingga 2 pagi.

OP MABUK…Operasi bermula jam 11 malam dan berakhir pada jam 2 pagi telah memeriksa sebanyak 83 kenderaan dan 33 individu serta mengeluarkan sebanyak 22 saman.

Katanya, dalam operasi tersebut, sebanyak 83 kenderaan dan 33 individu telah diperiksa.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 22 keping di atas pelbagai kesalahan lalulintas telah dikeluarkan,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, pihak polis akan sentiasa meneruskan serta mempertingkatkan Op Mabuk bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol kerana perbuatan tersebut merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru