Thursday, December 8, 2022

Marah tidak diberi keropok, monyet tarik rambut lelaki

Secara Rawak

Video seekor monyet bertindak menarik rambut seorang lelaki kerana marah selepas lelaki itu enggan memberinya bungkusan keropok.

Klip itu menunjukkan beberapa ekor monyet mengelilingi seorang lelaki yang membuka sebungkus keropok, untuk diberikan kepada mereka.

Apabila lelaki itu enggan menyerahkan bungkusan itu tanpa membantu mereka membukanya, seekor monyet menjadi marah dan menyangka lelaki itu tidak mahu memberinya makanan.

Ia bingkas bangun dan terus menarik rambut lelaki itu dengan kuat sehingga mangsa jatuh ke tanah bersama-sama keropoknya.

Monyet-monyet itu kemudiannya kembali mendekati lelaki itu dan memakan keropok yang bertaburan di tanah.

Biarpun dikasari, lelaki tersebut tidak marah sebaliknya dilihat turut memberi mereka makan.

Niat utama lelaki itu ialah memberi makan monyet-monyet tersebut dengan tangannya sendiri, namun haiwan itu tidak sabar.

Video tersebut dikongsi di Instagram oleh parida20208.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru