Thursday, December 8, 2022

Lelaki tukar sebelah mata jadi lampu suluh

Secara Rawak

WASHINGTON: Seorang lelaki dari AS digelar “The Terminator” selepas videonya menjadi tular di YouTube baru-baru.

Video tersebut menunjukkan, Brian Stanley, seorang jurutera berjalan mengelilingi rumahnya, menggunakan mata kanannya yang dijadikan sebagai lampu suluh.

Sebuah agensi berita asing melaporkan, jurutera disahkan menghidap kanser dan kehilangan mata kanannya.

Brian Stanley “The Terminator”

Sejurus selepas mata kanannya tidak dapat digunakan lagi, dia membuat mata palsu yang berfungsi seperti lampu suluh.

Stanley menamakan ciptaannya sebagai ‘Titanium Skull Lamp’.

Menurutnya, dia mendapat sehingga 20 jam cahaya selepas setiap pengecasan, sambil menambah ia tidak panas semasa proses pengecasan.

Alat itu berfungsi dengan bantuan pengesan jarak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru