Saturday, November 26, 2022

Lelaki melakukan sumbang mahram terhadap adik ipar, dipenjara 24 tahun 14 sebatan.

Secara Rawak

KUCHING: Rogol dan amang seksual adik ipar ketika mangsa datang bulan, seorang lelaki tempatan dipenjara 24 tahun dan 14 tempatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh berusia 31 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan pindaan yang dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap adik iparnya di sebuah rumah tidak bernombor di Daerah Bau, sekitar jam 11 pagi, 24 Oktober lepas.

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 2 oleh anggota polis selepas dijatuhi hukuman.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan itu, Afidah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh penjara 18 tahun dan 10 sebatan.

Manakala, pertuduhan kedua, dia merupakan abang ipar mangsa didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh payudara dan kemaluan mangsa yang berusia 13 tahun di tempat kejadian yang sama.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Kanun yang sama serta dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Afidah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap 24 Oktober lalu, selain memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, abang ipar mangsa masuk ke dalam biliknya untuk membangunkan mangsa yang sedang tidur dan mengajak mangsa sarapan pagi bersama.

Selepas itu, mangsa menyangka abang iparnya telah beredar dari biliknya apabila mendengar pintu ditutup.

Namun, mangsa terbangun dari tidur apabila menyedari tertuduh baring disebelahnya meraba payudara dan menyentuh kemaluannya.

Selepas itu, tertuduh bertindak merogol mangsa yang ketika itu dalam keadaan datang bulan.

Selepas kejadian terkutuk itu berlaku, mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Tertuduh berjaya ditahan oleh pihak polis di sebuah kedai di Jalan Jambusan sekitar jam 3.50 petang pada hari yang sama.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru