Kehadiran 5,000 penyokong cetus semangat Kuching City

0
10
Ketua Jurulatih KCFC, Irfan Bakti

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) melakar sejarah tersendiri apabila kali pertama mara ke suku akhir Piala Malaysia 2022.

Aksi kedua saingan ke-16 di Stadium Negeri semalam membawa tuah kepada The City Boys untuk meraih kemenangan (2-1) terhadap Penang FC menjadikan keputusan agregat penuh (4-3).

Mengulas mengenai perlawanan itu, Ketua Jurulatih KC FC, Irfan Bakti mengakui bangga dengan usaha anak buahnya yang berjuang memburu kemenangan sehingga tamat masa perlawanan.

Ketua Jurulatih KCFC, Irfan Bakti

Katanya, penegasan beliau pada perlawanan itu adalah supaya pemain-pemain sentiasa mencari peluang untuk menjaringkan gol untuk mengelakkan keputusan berakhir seri.

“Saya bangga dengan pemain-pemain kerana mereka dapat menyudahi perlawanan 90 minit ditambah 30 minit tanpa memperlahankan rentak permainan.

“Mengenai pemain gantian, mereka dapat bermain seperti mana yang kita mahukan.

“Saya beritahu mereka cuba elakkan seri, kalau mereka dapat jaringkan gol saat-saat akhir itu akan menjadi sejarah buat KCFC,” katanya kepada Suara Sarawak sejurus selepas tamat perlawanan semalam.

Irfan menambah, penampilan 5, 000 lebih penyokong ke stadium menjadi penyokong utama pasukan The City Boys tampil cemerlang pada perlawanan itu.

Kehadiran penonton katamya, sedikit sebanyak membakar semangat pasukan untuk berjuang sehingga saat akhir.

Justeru, beliau berharap sokongan sama mampu diraih menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia menentang Sabah FC di Stadium Negeri, Sabtu ini (5 Oktober).