Thursday, December 8, 2022

Jambatan runtuh: 141 terkorban

Secara Rawak

NEW DELHI 1 Nov: Angka kematian akibat jambatan gantung runtuh pada Ahad di barat India meningkat kepada 141 orang pada tengah hari Isnin.

Pasukan penyelamat dari agensi tindak balas bencana negara dan tentera sedang mencari mangsa yang hilang di sungai Machchhu di bandar Morbi di negeri Gujarat.

Kira-kira 400 orang termasuk wanita dan kanak-kanak berada di atas jambatan era British itu ketika ia runtuh pada petang Ahad.

Jambatan gantung runtuh

Lebih 170 orang berjaya diselamatkan, menurut laporan media tempatan.

“Operasi menyelamat di sungai Machchhu kini di peringkat akhir.

Ia dijangka tamat tidak lama lagi,” kata Menteri Dalam Negeri Gujarat Harsh Sanghavi seperti dipetik Bernama.

Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter yang menjadi tarikan pelancong itu dibuka semula pada 26 Okt selepas tujuh bulan kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru