12 juta pengguna seluruh negara nikmati akses 5G hujung 2022

0
3
Foto fail

KUALA LUMPUR: Menjelang akhir tahun ini, sekitar 12 juta pengguna menikmati perkhidmatan rangkaian 5G di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa pada sidang media berkata, lima daripada enam syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi menandatangani Perjanjian Akses dengan Digital Nasional Bhd (DNB).

Lima syarikat tersebut ialah Celcom Networks Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, YTL Communications dan Telekom Malaysia Bhd (TM).

Setakat ini penyediaan prasarana 5G berada pada tahap 33.2 peratus.