Thursday, December 8, 2022

Pesawat kertas diterbangkan remaja nakal masuk gawang gol

Secara Rawak

Biasanya apabila menonton perlawanan bola sepak, orang ramai menumpukan perhatian penuh kepadanya.

Kali ini telatah seorang remaja sengaja mengalihkan tumpuan penonton ke arahnya.

Sebuah video yang dikongsi di Instagram viralhog baru-baru ini menunjukkan telatah nakal remaja yang melontar roket kertas ke padang semasa perlawanan berlangsung.

Roket kertas itu dilihat terbang di tengah-tengah padang dan kemudian memasuki gawang gol.

Sebaik-baik mendarat di dalam gawang gol itu, ia diiringi sorakan orang ramai yang melihatnya.

https://www.instagram.com/p/CkJB8DVAG22/

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru