Thursday, December 8, 2022

Juruterbang terharu penumpang nyanyi, rai penerbangan terakhirnya sebelum bersara

Secara Rawak

Sebuah video yang dikongsi oleh goodnews_movement di Instagram menyentuh hati netizen media sosial.

Video tersebut menunjukkan penumpang pesawat yang hendak berlepas dari Dublin menuju Chicago, menyanyi beramai-ramai untuk memberi penghormatan kepada juruterbang pesawat tersebut.

Penerbangan itu merupakan tugasan terakhir juruterbang terbabit sebelum dia bersara.

Dia yang tidak menyangka dirinya diberikan penghargaan dan penghormatan sedemikian rupa dilihat mengusap air matanya kerana terharu dengan sikap orang ramai.

https://www.instagram.com/p/CkBs8nYMvAy/

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru