Sunday, November 27, 2022

Lima wanita muda dipaksa melacur

Secara Rawak

KUCHING: Polis Sarawak berjaya menyelamatkan lima wanita asing berusia antara 24 tahun hingga 29 tahun yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri, menerusi operasi pada pukul 3.30 petang Jumaat lepas, sekumpulan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menyerbu sebuah premis di Jalan Setia Raja.

“Semasa di lokasi, pihak polis mendapati premis didiami mangsa-mangsa telah dikunci berkunci dari luar dan pergerakan mangsa telah dikawal oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang sekitar premis.

“Polis telah mengambil beberapa inisiatif untuk menyerbu masuk ke dalam premis tersebut dalam usaha menyelamatkan mangsa-mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil risikan lanjut, Mohd Azman berkata, dua lelaki tempatan berusia 23 dan 25 tahun  ditangkap di tempat berasingan dan selain turut merampas dua pasport mangsa terlibat.

Jelasnya, kesemua mangsa  dibawa masuk Sarawak dan dipaksa untuk melayan pelanggan untuk berhibur termasuk dipaksa melakukan aktiviti seks di premis hiburan dan hotel.

Jelasnya, mangsa mengaku sudah berada di Sarawak selama tiga minggu hingga lima bulan.

Katanya lagi, kesemua mangsa akan dihantar ke pusat perlindungan wanita di Kota Kinabalu, Sabah untuk prosedur siasatan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru